Diriwayatkan dari Ja`far, (Imam Ja`far al-Sadiq imam keenam Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w. Ja`far b. Muhammad), Imam Muhammad al-Baqir b. `Ali Zain al-Abidin b. Husain b. Ali (beliau imam kelima Ahl al-Bait Rasulullah s.`a.w.) dari Bapanya, dari datuknya as, beliau berkata:

"Setelah selesainya perbuatan mereka terhadap `Ali, serta selesainya urusan Abu Bakr dari bai`ah orang banyak kepadanya, Abu Bakr masih mengharapkan bai`ah dari `Ali, tetapi beliau Ali as menunjukkan sikap keengganan terhadapnya. 

Abu Bakr menganggapnya sebagai masalah serius lalu beliau ingin berjumpa dengannya dan meminta maaf atas bai`ah orang banyak kepadanya, Abu Bakr sendiri tidak begitu berhasrat untuk memegang jabatan kekhalifahan kerana kezuhudannya. kemudian dia mengadakan pertemuan empat mata dengan `Ali bin Abi Thalib as. (kemudian terjadilah dialog sebagai berikut – pen )



Abu Bakar berkata :

“Wahai Abu l-Hasan! Demi Allah, terhadap perkara ini aku bukanlah benar-benar mencintainya, kerana aku sesungguhnya tidak mempunyai keyakinan kepada diriku sendiri terhadap keperluan umat ini. Aku ini tidak memiliki kelimpahan harta dan keluarga yang banyak pula. Oleh karena itu mengapa anda menyembunyikan kepadaku apa yang aku tidak berhak daripada anda dan Anda melahirkan ketidaksukaan terhadapku” [1]

Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib as berkata :

“Anda menyatakan bahwa anda kurang yakin terhadap diri anda sendiri untuk mengendalikan dalam masalah ini, lalu apakah yang mendorong anda untuk memegang jabatan kekhalifahan sekiranya anda benar-benar merasa tidak menghendakinya?”

Abu Bakr menjawab :

“(Aku mendasarkan perbuatanku) pada sebuah hadis yang aku mendengarnya dari Rasulullah  s.`a.w, beliau bersabda “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan“. Dan aku mendapati ijmak mereka (tentang masalah kekhalifahan-pen) terhadapku, maka akupun mengikuti sabda Nabi s.`a.w tersebut. [2] Dan aku tidak terfikir ijmak mereka telah menyalahi petunjuk. Lantaran itu aku memberi jawapan yang mendukung hal itu. Dan  sekiranya aku mengetahui seseorang tidak setuju atas perlantikanku niscaya aku pasti menolaknya.

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Adapun ketika anda menyebutkan sabda Nabi s.`a.w “Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku di atas kesesatan“, apakah aku ini (Ali-pen) termasuk bagian dari umat (sebagaimana disebut dalam sabda Nabi s’aw -pen) atau tidak?

Abu Bakar menjawab :

“Tentu, anda bagian dari umat ini “

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Apakah sekelompok orang yang menentang anda, seperti Salman, `Ammar, Abu Dhar, al-Miqdad, Ibn`Ubbad dan orang-orang Ansar yang lain, termasuk bagian dari umat (sebagaimana disebut dalam sabda Nabi s’aw – pen)?”

 Abu Bakar menjawab :

”Mereka Semuanya termasuk bagian dari umat”

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

” (Jika demikian adanya-pen) bagaimana anda dapat berhujah dengan hadis tersebut, sedangkan orang seperti mereka telah membelakangi anda? Dan umat tidak mencela mereka serta persahabatan mereka dengan Rasulullah adalah baik?!”

 Abu Bakar menjawab :

”Aku tidak mengetahui penentangan mereka melainkan selepas pemilihan khalifah. Aku khawatir sekiranya aku meninggalkan “perkara ini” (baca : kekhalifahan pen) orang akan menjadi murtad dari agama mereka. Lantaran itu perlakuan mereka terhadapku tidak aku hiraukan, lebih senang bagiku untuk memmberi pertolongan di dalam masalah agama dan membiarkanya dari permusuhan mereka. Justeru sikap mereka itulah dapat membuat mereka kembali menjadi kafir. Aku menyadari bahwa anda bukanlah orang yang dapat mengukuhkan keadaan mereka sekaligus mengukuhkan agama mereka”

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Ya, Tetapi beritahukan kepadaku tentang orang yang berhak atas jabatan khalifah dan dengan apakah dia berhak?

 Abu Bakar menjawab :

”Dengan nasihat, kesetiaan, perlakuan yang baik, melahirkan keadilan, alim dengan kitab dan sunnah, kecakapan yang tinggi, zuhud di dalam soal keduniaan, tidak terlalu cintakan dunia, menyelamatkan orang yang tertindas dari ditindas, bertindak adil……Kemudian dia (Abu Bakr) terdiam.

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata melengkapi pernyataan Abu Bakr:

”Orang yang terawal memeluk Islam dan kerabat?”

 Abu Bakar menjawab :

”Ya !”

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, wahai Abu Bakr, apakah sifat-sifat tersebut terdapat pada diri anda atau pada diriku?

 Abu Bakar menjawab :

“ Semuanya malah terdapat pada diri anda wahai Abu l-Hassan “ [3]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah menyahuti dakwah Rasulullah (s.`a.w) dari kaum lelaki ? diriku ataukah anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda “ [4]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang mengisytiharkan (mengumumkan) Surah al-Bara’ah di musim Haji akbar di hadapan kaum muslimin? diriku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda “ [5]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang telah membuat Rasulullah s.`a.w. menahan (umat) di hari al-Ghadir ? adakah itu untuk aku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda “ [6]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, kepada siapakah Rasulullah saw menyebut maula kepada semua muslimin melalui hadis Nabi (s.`a.w.) di hari al-Ghadir ? adakah untuk diriku atau diri anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda “ [7]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Apakah ayat al-Wilayah (al-Maidah 5 : 55) daripada Allah bersama Rasul-Nya mengenai zakat dengan cincin ? itu ditujukan kepadaku ataukah anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Untuk Anda “ [8]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Apakah al-Wazarah (wazir) Rasulullah (s.`a.w.) yang diumpamakan Harun bagi Musa itu diperuntukan pada diriku atau untuk anda?”

 Abu Bakar menjawab :

“Untuk Anda “ [9]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Adakah Rasulullah (s.`a.w.) mempertaruhkan dengan aku, isteriku dan anak – anak lelakiku pada saat bermubahalah dengan Musyrikin atau  dengan isteri anda dan anak-anak lelaki anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Dengan kalian “ [10]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Apakah ayat al-Tathir (Surah al-Ahzab 33: 33) tersebut, untukku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau untuk anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda dan anak istri anda “ [11]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang didoakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di hari al-Kisa’ “Wahai Tuhanku mereka itulah keluargaku kepada Mu dan bukan kepada nerakaMu“, aku, isteriku dan anak-anak lelakiku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda, isteri anda dan anak-anak lelaki anda “ [12]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang dimaksud dalam ayat “Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana” (Surah al-Insan 76:7), adakah itu aku atau anda ?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [13]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Untuk siapakah ketika terjadi peristiwa  dikembalikannya matahari untuk waktu solat lalu ditunaikan solatnya kemudian ia terbenam, apakah itu untuk anda ataukah untuk aku?”

 Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [14]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang telah melegakan Rasulullah (s.`a.w.) dan kaum Muslimin dengan membunuh `Amru b. `Abd Wuddin, adakah itu aku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [15]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah diamanahi oleh Rasulullah (s.`a.w.) dalam perutusannya kepada jin lalu dia menyahuti seruan itu, adakah yang menyahuti itu aku ataukah anda ?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [16]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang disucikan oleh Allah dari perzinaan semenjak Adam sampai kepada bapaknya yang dengannya Rasulullah (s.`a.w.) kemudian bersabda “Aku dan anda (`Ali) dari nikah yang sah dan bukan dari perzinaan semenjak Adam hingga `Abdu l-Muttalib”,adakah itu yang dimaksud diriku ataukah anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [17]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang telah dipilih oleh Rasulullah saw untuk kemudian dinikahkan dengan perempuannya Fatimah (`a.s) dan kemudian beliau saw bersabda: “Allah telah menikahkan anda dengan Fatimah di langit“, adakah itu aku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [18]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah ayah dari Hasan dan Husain, yang kepadanya Rasulullah saww bersabda: “Kedua-duanya pemuda Ahli Syurga dan bapa mereka berdua adalah lebih baik daripada mereka berdua”, adakah itu aku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“Anda, “ [19]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, adakah saudara yang dihiasi dengan dua sayap terbang di syurga bersama para malaikat itu adalah saudaraku ataukah saudara anda?

 Abu Bakar menjawab :

“ Saudara Anda, “ [20]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah menjamin hutang Rasulullah (s.`a.w.) dan mengadakan perisytiharan di musim haji dengan melaksanakan  janjinya, adakah itu aku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [21]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang didoakan oleh Rasulullah  (s.`a.w.), sementara terdapat burung panggang di sisinya, dan beliau saw ingin memakannya, namun kemudian beliau saw bersabda: “Wahai Tuhanku! Datangkanlah kepadaku orang yang  paling Engkau cintai untuk berbagi memakan (daging) burung itu bersamaku “. maka tidak  seorangpun datang selain orang itu, adakah yang datang itu aku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [22]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah orang yang telah diberi mandat oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya memerangi al-Nakitsin, al-Qasitin, al-Mariqin menurut takwil al-Qur’an, adakah mandat itu untuk aku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [23]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) dengan kehakiman (kebijaksanaan-Ant.) dan kefasihan di dalam percakapan dengan sabdanya: “`Ali adalah orang yang paling alim di dalam ilmu penghakiman“, hal itu ditujukan kepada anda ataukah pada diriku?

 Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [24]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang dimaksud oleh Rasulullah (s.`a.w.) yang memerintahkan para sahabatnya supaya memberi salam kepadanya untuk menjadi pemimpin pada masa hidupnya, adakah itu aku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [25]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang menjadi saksi percakapan Rasulullah (s.`a.w.) yang terakhir, memandikanya dan mengkafankannya, adakah itu aku atau anda?

 Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [26]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah kerabat Rasulullah (s.`a.w.) adakah anda atau aku?

 Abu Bakar menjawab :

“ Anda, “ [27]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang dikurniakan oleh Allah dengan dinar ketika dia memerlukannya dan Jibra’il menjualkan untuknya dan kemudian untuk menjamu Muhammad sebagai tetamu lalu untuk memberi makan anaknya, adakah itu aku ataukah anda?

 Abu Bakar kemudian menangis dan menjawab :

“ Anda, “ [28]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang telah diletakkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) di atas bahunya untuk menghancurkan berhala-berhala di atas ka`bah sehingga jika dikehendaki niscaya dapat menyentuh ketinggian, apakah itu aku atau anda?

 Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [29]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, Siapakah yang disabdakan oleh Rasulullah (s.`a.w.) “Andalah pemilik bendera di dunia dan di akhirat” adakah itu anda ataukah aku?

 Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [30]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, adakah anda yang diperintahkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) supaya membuka pintu di masjidnya ketika beliau memerintahkan supaya  ditutup semua pintu keluarganya dan para sahabatnya dan membenarkan pintu dibuka atau itu untuk aku?

 Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [31]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah adakah anda telah mengeluarkan sadqah apabila anda mengadakan perbicaraan khusus dengan Rasul dikala itu Allah mengkritik satu  golongan ”Apakah kamu takut akan (menjadi miskin) kerana kamu memberi sadqah sebelum pembicaraan dengan Rasul?” (Surah al-Mujadalah 58:13) atau apakah yang dimaksud itu aku atau anda ?

 Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [32]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah adakah anda yang dimaksudkan oleh Rasulullah (s.`a.w.) ketika beliau bersabda kepada Fatimah: “Aku nikahkan anda kepada orang yang pertama beriman kepada Allah” apakah itu dengan anda atau dengan aku?

Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [33]

Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Aku menyeru kepada anda dengan nama Allah, siapakah yang telah diberi salam oleh para malaikat tujuh langit di hari al-Qulaib, aku atau anda?

 Abu Bakar kemudian menjawab

“ Anda, “ [34]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

”Apakah dengan jawaban seperti ini anda merasa berhak melaksanakan urusan umat Muhammad? Sesungguhnya anda telah membuat diri anda terlanjur jauh dari Allah dan Rasul-Nya sedangkan anda tidak mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh penganut agamanya!”

 Abu Bakar menangis dan kemudian menjawab :

”Memang benar apa yang anda katakan wahai Abul-Hassan. Tunggulah aku hingga  berlalunya hariku. Aku akan memikirkan tentang jabatanku sebagai khalifah dan aku tidak akan mendengar lagi percakapan seperti ini selain dari anda” [35]

 Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib berkata :

“Itu terserah kepada anda wahai Abu Bakr”

Lantas dia kembali dan jiwanya agak tenang di hari itu dan tidak membenar seorangpun berjumpa dengannya sehingga di malam hari.

 Para sejahrawan mencatat, bahwa usai Khalifah Abu Bakr melakukan munasyadah dengan Amirul Mukminin, dan Abu Bakr mengakui hakikat kekhalifahan Ali bin Abi Thalib as, dia hampir-hampir menyerahkan jabatan kekhalifahan kepada Amir al Mukmini Ali bin Abi Thalib, tetapi kemudian dihalang-halangi oleh Umar ibnu Khattab [36]


--------------------------------------------------

[1]  Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19;  al-Mas`udi, Muruj al-Dhahab, II, hlm. 302; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127.

[2] Al-Syahrastani, al-Milal wa al-Nihal, I, hlm. 9.

[3] Ibn Hajr al-`Asqalani, Lisan al-Mizan,  VI, hlm. 78; al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 7; Ibn Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 356.

[4] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 91-92.

[5] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,  I, hlm. 156;  al-Turmudhi, Sahih,II, hlm. 461;  al-Hakim,al-Mustadrak,  II, hlm. 51;  Ibn Hajral-`Asqalani, al-Isabah,  II, hlm. 509;  al-Muttaqi  al-Hindi,Kanz al-`Ummal, I, hlm. 246.

[6] Al-Hakim, al-Mustadrak, II, hlm. 53-54.

[7] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, IV, hlm. 370; al-Wahidi, Asbab al- Nuzul, hlm. 150; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 120; al-KhatibTarikh Baghdad,  VIII, hlm. 290;  al-Syablanji,  Nur al-Absar,hlm. 75; al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm.32.

[8] Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 293; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 417; al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 422; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, I, hlm. 4

[9] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I, hlm. 175; al-Muttaqi al-Hindi,Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 117; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm 116; al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 301; al-Nasa’i, al-Khasa’is,hlm. 78;  Abu Daud, al-Musnad, I, hlm. 28;  al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 83.

[10] al-Zamakhsyari, al-Kasysyaf, I, hlm. 482; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, III, hlm. 20; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, I,hlm. 185; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, II, hlm. 38; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 47;  al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm.101.

[11] Al-Tabari, Jami` al-Bayan, XXII, hlm. 502;  al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, V, hlm. 198; Ahmad b. Hanbal, al-Musnad, III, hlm. 259; al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 251.

[12] Ibid.

[13] Al-Wahidi, Asbab al-Nuzul, hlm. 331; Fakhr al-Din al-Razi, Mafatih al-Ghaib, VIII, hlm. 392; Ibn Hajr al-`Asqalani, al-Isabah, VIII, hlm. 168; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Syablanji, Nur al-Absar, hlm. 102.

[14] Ibn Hajr, Lisan al-Mizan, V, hlm. 76; Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, VI, hlm. 80;  al-Tahawi, Musykil al-Athar, II, hlm. 8; al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 137.

[15] Lihat umpamanya,  al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,  hlm. 277.

[16] Ibid., hlm. 230-231.

[17] Ibid., hlm. 379; al-Haithami, Majma` al-Zawa’id, IX, hlm. 168.

[18] Ibn Hajr al-Makki, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 84-85;  Muhibb al-Tabari,  Dhakha`ir al-Uqba, hlm. 29; al-Kanji  al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298-299.

[19] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib,  hlm. 204;  al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 166.

[20] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 519.

[21] Ahmad b. Hanbal, al-Musnad,I, hlm. 3;  al-Dhahabi, Mizan al-I`tidal, I, hlm. 306; al-Suyuti, al-Durr al-Manthur, III, hlm. 209.

[22] Al-Turmudhi, Sahih, II, hlm. 299; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 130;  Abu Nu`aim al-Asfahani, Hilyah al-Auliya’, VI, hlm. 339; Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, IV, hlm. 30; al-Dhahabi, Muruj al-Dhahab, II, hlm. 49.

[23] Al-Muttaqi al-Hindi, Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154;  Ibn Hajr,Tahdhib al-Tahdhib, III, hlm. 178; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Tahdhib, hlm. 167-168.

[24] Al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 112.

[25] Ibn Hajr, al-Isabah, III, hlm. 20;  al-Muttaqi al-Hindi,  Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 155; al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 128

[26] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 60-63.

[27] Al-Khawarizmi, al-Manaqib, hlm. 90; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 76.

[28] Ibn al-Athir, Usd al-Ghabah, V, hlm. 530; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 348-349.

[29] Al-Hakim, al-Mustadrak, III, hlm. 5.

[30] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 81.

[31 Al-Nasa'i, al-Khasa'is, hlm. 17; al-Hakim, al-Mustadrak, III,hlm. 125; al-Turmudhi,Sahih, II, hlm. 301; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 201.

[32] Al-Qunduzi al-Hanafi, Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 100.

[33] Muhibb al-Din al-Tabari, Dhakha’ir al-Uqba, hlm. 29; Ibn Hajr, al-Sawa`iq al-Muhriqah, hlm. 85; al-Kanji al-Syafi`i, Kifayah al-Talib, hlm. 298.

[34] Lihat umpamanya, al-Khatib, Tarikh Baghdad, IV, hlm. 403.

[35] Lihat umpamanya, Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19; al-Ya`qubi,Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127-128.

[36] Ibn Qutaibah, al-Imamah wa al-Siyasah, I, hlm. 18-19;  al-Ya`qubi, Tarikh al-Ya`qubi, II, hlm. 127.